Friday, September 19, 2008

Kriteria Menjadi Editor Freelance Buku-buku PTS


Bagi menjadi freelance editor yang berjaya, perkara-perkara berikut perlu diamalkan:

1. Tahu kehendak penerbit.

Kursus yang dianjurkan bertujuan memaklumkan kepada freelance kehendak dan gaya penerbitan PTS.

2. Mampu mematuhi deadline yang ditetapkan.

3. Belajar daripada editor pengurusan dari aspek suntingan dan kemahiran menggunakan perisian.

Akademi Latihan juga menyediakan khidmat kelas tambahan untuk kemahiran menyunting dan Adobe Indesign. Hanya perlu membuat temu janji, kemudian boleh datang belajar.

4. Selalu bertanya perkara yang tidak jelas dan jangan malu.

5. Mematuhi gaya dalaman penerbit dan ketahui pantang larangnya.

6. Sentiasa mahu belajar dan mencuba kemahiran baru.

7. Ambil perhatian perkara yang ditegur oleh editor pengurusan.

8. Teliti, cermat, sabar, kritikal dan kreatif.

9. Mahir menggunakan peralatan yang berkaitan seperti komputer, perisian penerbitan, internet, alat social network bagi memudahkan editor berhubung dengan freelance.

10. Bersedia pada bila-bila masa bagi menghadirkan diri ke mesyuarat berkaitan projek bersama-sama editor mahupun penulis.


1 comment:

  1. Salam, saya berminat untuk mengikuti Akademi Latihan untuk kemahiran menyunting Adobe InDesign. Setakat ini, saya mempunyai kemahiran dalam Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Masih boleh buat temujanji?

    ReplyDelete